suria

Bibi gosok gigi dan lidah sebelum lakon babak cium, takut memori buruk buat Ji Chang Wook

Bibi basuh lidah dan gigi sebelum babak bercium.

PENYANYI dan pelakon Bibi mendedahkan dia mesti menggosok lidah dan gigi sebelum melakonkan babak bercium dengan aktor Ji Chang Wook.

Bercerita mengenai kisah di sebalik adegan ciuman itu, dua pelakon ini bertemu dalam siri Worst of Evil.

NP (1)

Antara babak bersama lakonan Bibi dan Ji Chang Wook.

Menerusi program Jo Hyunah’s Thursday Night, Bibi dan Im Se-mi telah hadir sebagai tetamu di mana mereka berkongsi mengenai pengalaman menjalani rakaman untuk drama berkenaan.

"Babak ciuman pertama saya ialah bersama Ji Chang-wook. Saya betul-betul menggosok lidah dan gigi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ji Chang Wook Belum Sedia Lakonkan Babak Ranjang

ARTIKEL BERKAITAN: Ji Chang Wook Dikaitkan Dengan Bekas Ratu Cantik Korea

"Mungkin Ji Chang-wook tidak berkata apa-apa mengenainya, tapi risau jikalau ia menjadi memori buruk buatnya.

"Sebab itu saya membersihkan mulut sebaiknya dan melakukan babak itu dengan tegang dan ‘mengundang’," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain