suria

Hasrat miliki anak bersama MGK tak kesampaian, Megan Fox alami keguguran

Megan mendedahkan pernah mengalami keguguran.

PELAKON Megan Fox mendedahkan impian memiliki anak bersama kekasihnya iaitu Machine Gun Kelly (MGK) tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran.

Megan memberitahu dia mengalami keguguran itu ketika kandungannya baharu sahaja mencecah usia 10 minggu.

"Saya mahu memegang tangan kamu, mendengar ketawa kamu... Tetapi sekarang saya perlu mengucapkan selamat tinggal.

Megan 1

Megan menyifatkan keguguran dialami waktu sukar dialami mereka berdua.

"Tolong beritahu saya apakah tebusan untuk jiwanya? Saya akan bayar berapa sahaja harganya," katanya.

Megan mendedahkan perkara itu menerusi buku tulisannya berjudul Pretty Boys Are Poisonous.

Sementara itu, menerusi temu bual dalam program Good Morning America, Megan memberitahu keguguran itu merupakan satu perkara yang sangat sukar diterima.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak sanggup bayar tonton aksi ghairah, Megan Fox samakan pelakon dengan pelacur

ARTIKEL BERKAITAN: Bertengkar lagi! Megan Fox cabut cincin tunang, bagi ‘hint’ hubungan dengan Machine Gun Kelly berakhir

"Saya belum pernah mengalami hal seperti ini dalam hidup saya. Saya ada tiga anak, jadi itu sangat sukar bagi kami berdua. Mengapa ini terjadi?," katanya.

Untuk rekod, Megan dan MGK mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2020 dan mengikat tali pertunangan dua tahun kemudian.

Megan sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Brian Austin Green dan dikurniakan tiga anak iaitu Noah Shannon Green, 10, Bodhi Ransom Green, 9, dan Journey River Green, 6.

Manakala, MGK pula mempunyai seorang anak perempuan iaitu Casie Colson Baker, 14, hasil perkahwinan bersama Emma Cannon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain