suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik pindah rumah baharu, Salman Khan hadiahkan bingkai gambar potongan ayat al-Quran... “Karya ini dia buat sendiri”

Peminat kagum dengan lukisan Salman Khan.

NAMA pelakon Salman Khan menjadi sebutan ramai apabila adik perempuannya iaitu Arpita Khan berkongsi mengenai hadiah istimewa yang diterima daripada aktor tersebut.

Menurut Arpita, abangnya itu menghadiahkan bingkai gambar terkandung potongan ayat al-Quran sempena dia dan keluarga berpindah ke rumah baharu.

Lebih istimewa apabila Arpita mendedahkan tulisan ayat al-Quran tersebut dibuat sendiri oleh Salman berserta dengan lukisan gambar posisi dalam solat.

Salman 1

Lukisan yang diterima Arpita daripada Salman.

"Karya ini dibuat oleh Salman sendiri, ini adalah ayat Kursi yang menjadi amalan orang Muslim.

"Ketika saya ingin berpindah rumah, saya meminta dia hadiah yang berharga dan Salman beri saya ayat ini sebagai hadiah," katanya memetik laporan Indian Express.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulut lancang Salman Khan bawa padah, mafia hantar ugutan bunuh

ARTIKEL BERKAITAN: Salman Khan mula teringin ada anak pada usia 57 tahun, tapi tak mahu kahwin

Rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dengan hadiah yang diberikan kepada adiknya memandangkan Salman sebelum ini terkenal dengan sifat kasar.

Bagaimanapun sehingga kini Salman masih belum mengulas mengenai pemberian hadiah yang diberikan kepada adiknya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain