suria

Bekas suami dedah Nikita Mirzani ugut bunuh anak… Lolly tertekan takut nak balik Indonesia

Nikita, Lolly dan Antoni saling berbalas kenyataan di media sosial.

PERSETERUAN membabitkan pelakon Nikita Mirzani dan anaknya iaitu Lolly dilihat semakin parah apabila dia dikatakan pernah memberi ancaman bunuh.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh bekas suami Nikita iaitu Antonio Dedola yang kini menjadi orang terdekat kepada Lolly atau nama sebenar Laura Meizani.

Dalam beberapa paparan perbuatan aplikasi Whatsapp yang dikongsi Antonio, lelaki itu mendakwa menerima mesej ugutan daripada Nikita kepada anaknya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak beranak berbalah di media sosial, Nikita Mirzani doa Lolly terima balasan kerana fitnah ibu

"Beritahu kepada Lolly, saya akan bunuh dia. Saya akan beli racun. Sampaikan mesej saya ini kepada Lolly.

"Saya tidak kisah jika masuk penjara kerana membunuh anak sendiri," katanya dalam paparan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Antonio juga berkongsi satu lagi perbualan dengan Nikita yang mendesak anaknya itu untuk menurunkan berat badan.

nikita mirzani 1

Pendedahan Antonio tentang sikap Nikita.

Sementara itu Lolly pula memberitahu dia tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ibu daripada Nikita.

Malah dia juga mengakui merasa tertekan dan disebabkan itu bertindak melarikan diri ke luar negara.

"Saya tertekan dan saya perlu bahagia. Anda (Nikita) suruh saya balik ke Indonesia untuk apa? Untuk membunuh saya?

"Apa yang ditulis di sosial media itu semua bohong. Ibu betul-betul menyuruh saya mati," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain