suria

Coco Lee derita kanser payudara, rupanya ada sebab rahsia penyakit

Coco Lee meninggal dunia akibat bunuh diri.

SELEPAS tiga hari kematian bintang Hong Kong Coco Lee, rakannya iaitu pemuzik dan penerbit Jae Chong mendedahkan penyanyi itu turut menderita kanser payudara.

Menurut Chong, Coco merahsiakan mengenai penyakitnya itu kerana tidak mahu ibu serta peminat bimbang.

"Dia seorang pejuang sejati. Dia tidak mahu peminat dan ibunya yang berusia 86 tahun bimbang. Saya berdoa agar dia berada di syurga dan tidak lagi menanggung kesakitan. Kami sayang kamu Coco," katanya.

coco - 1

Coco enggan ibu dan peminat risau dengan penyakitnya.

Chong berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Chong mengakui terkejut dan sedih selepas mendengar perkhabaran rakan baiknya itu telah meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Coco Lee meninggal dunia, keluarga sahkan akibat bunuh diri

ARTIKEL BERKAITAN: Nunung jalani pembedahan buang sel kanser, sempat buat lawak tanya keadaan payudara selepas sedar

Pemuzik yang pernah menerbitkan lagu untuk artis seperti L.A Boyz, Stanley Huang dan Coco itu turut berkongsi beberapa foto dan klip video terakhir ketika mereka membuat persembahan di pentas Anugerah Oscar pada 2021.

"Saya masih ingat apabila dia (Coco) memberitahu saya tentang penyakitnya beberapa bulan lalu, saya duduk di dalam kereta dan menangis tanpa henti," ujarnya.

Pada Rabu lalu, Coco dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai membunuh diri di kediamannya.

Adik kepada penyanyi itu mendedahkan mendiang sudah lama menderita masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu dan keadaannya bertambah buruk sejak kebelakangan ini sebelum ditemukan tidak sedarkan diri pada Ahad lalu.

Memetik laporan The Star, media Taiwan dan Hong Kong melaporkan Coco menghidap kanser payudara tahun lalu dan menjalani pembedahan untuk membuang tumor tersebut.

Mendiang hanya memberitahu dua kakaknya tentang penyakit berkenaan dan tidak menerima kimoterapi selepas itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain