suria

Tiada istilah bersara, Tom Cruise akan berlakon filem aksi sampai umur 80 tahun

Tom tidak terfikir untuk bersara.

BIARPUN sudah menginjak usia 61 tahun, pelakon Tom Cruise dia tidak mempunyai perancangan untuk bersara daripada dunia lakonan.

Mirror melaporkan bintang Hollywood itu mengambil inspirasi daripada pelakon Indiana Jones iaitu Harrison Ford yang masih berlakon meskipun usianya sudah mencecah 80 tahun.

Tom ketika ditemu bual sewaktu mempromosikan Mission Impossible: Dead Reckoning Part One berkata, dia berharap dapat meneruskan membintangi filem francais popular itu untuk tempoh 20 tahun lagi.

tom1 - 1

Tom mahu meneruskan lakonannya dalam siri Mision: Impossible.

"Harrison Ford adalah seorang lagenda. Saya berharap masih bertahan pada usia itu. Saya mempunyai masa 20 tahun lagi untuk mencapai impian tersebut.

"Saya berharap untuk terus berlakon dalam filem Mission Impossible sehingga umur saya mencecah usia Harrison," katanya.

Mengulas lanjut tentang filem terbaharunya itu, Tom sempat berkongsi detik indah bersama barisan pelakon dan tenaga produksi sepanjang menjalani penggambaran filem tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Cruise masih bernafsu sedia kahwin lagi, yakin bakal jumpa pasangan sempurna

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap hantar bunga dan habis masa bersama, Tom Cruise kejar cinta Shakira

Kata Tom, dia berbangga dengan setiap tenaga kerja yang berjaya mengharungi segala cabaran dalam menghasilkan filem francais popular itu.

"Saya amat berbangga dengan semua orang yang terlibat menjayakan filem ini. Apabila penonton berpuas hati, ia lebih bermakna buat kami semua," ujarnya.

Mission: Impossible - Dead Reckoning Part One terpaksa menghentikan produksi kerana pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Produksi juga bertukar dari Warner Bros Studios kepada Longcross Filem Studios, di mana filem berkenaan dibenarkan untuk meneruskan penggambaran dibawah protokol ketat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain