suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kahwin pun tak minta izin!” - Ibu Virgoun ‘naik angin’ lagi, geram Inara tak hargai pengorbanan suami

Eva dedah Virgoun peluk Islam sebab ingin berkahwin dengan Inara.

IBU kepada Virgoun iaitu Eva Manurung kecewa apabila pengorbanan anaknya itu disia-siakan oleh Inara selepas sanggup memeluk Islam untuk berkahwin dengannya.

Eva berkata dia tidak pernah merestui perkahwinan anaknya itu memandangkan pasangan berkenaan sebelum ini tidak pernah meminta izin untuk bernikah.

Jelasnya, dia juga mengetahui anaknya itu memeluk Islam seminggu sebelum mereka berkahwin.

Inara 1

Eva geram Inara tak hargai pengorbanan Virgoun.

"Mereka tidak ada minta izin atau beritahu saya, seminggu sebelum nikah baru saya tahu Virgoun masuk Islam," katanya memetik laporan Detikhot.

Kata Eva disebabkan perbuatan anaknya itu dia juga dibuli oleh rakannya semasa mengunjungi tempat ibadah.

Eva bagaimanapun sudah melupakan hal tersebut memandangkan Virgoun berubah menjadi lebih baik selepas memeluk Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Virgoun merungut wang bulanan dari bekas menantu tak cukup, dakwa Inara suka melancong

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kejar cinta bekas isteri Virgoun, Inara belum sedia cari pengganti

Namun dia kecewa apabila perkahwinan anaknya itu diambang penceraian sekali gus menuduh Inara tidak menghargai pengorbanan Virgoun.

"Saya lihat anak saya sudah berkorban tapi dia mensia-siakan anak saya. Jadi saya marah!" luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain