suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nora Alexandra sering diganggu lelaki miang, suami tak dapat kawal fantasi orang lain

Nora Alexandra selalu dapat komen dari lelaki gatal.

SELEBRITI Nora Alexandra mendedahkan sering menerima mesej daripada lelaki gatal ekoran terlalu kerap berkongsi gambar tidak senonoh di media sosial.

Memetik laporan portal Suara, suaminya iaitu Jerinx SID bagaimanapun tidak kisah tentang perkara itu.

Jernix, 46, berkata dia tidak mampu mengawal tindakan dan juga pemikiran orang lain tentang isterinya.

312325781_179325847977422_9154057304618072738_n

Suami Nora Alexandra tak kisah isteri diganggu.

"Apabila isteri saya berkongsi gambar seksi, perkara pertama saya percaya ialah tiada manusia di dunia ini yang boleh mengawal pemikiran atau fantasi orang," katanya.

Pemuzik itu turut memberitahu netizen akan tetap memiliki angan-angan kotor walaupun isterinya itu menutup aurat dengan sempurna.

"Walaupun isteri saya tidak pernah berkongsi gambar seksi pasti akan ada sahaja yang berfikiran kotor, bukan?" katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto seksi di Instagram, peminat kesal Kendall Jenner tak prihatian nasib mangsa gempa bumi

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Hellbound Yoo Ah In kena tahan polis akibat penyalahgunaan dadah

Tambahnya dia enggan melakukan kerja Tuhan dengan menghalang atau meminta orang berhenti mengganggu isterinya.

"Jika saya marah orang yang mengganggu isteri saya itu bermakna saya melakukan kerja Tuhan," tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia