suria

Lisa Blackpink beli kediaman mewah bernilai RM26 juta secara tunai

Lisa Blackpink beli rumah mewah di Seoul.

PENYANYI Lisa Blackpink dilaporkan telah membeli sebuah vila mewah yang terletak di kawasan hartanah paling mahal di Seoul, Korea Selatan.

Menurut portal Allkpop, Lisa, 25, dikatakan membeli vila berkenaan dengan nilai RM26 juta (7.5 bilion won) yang turut dilengkapi dengan ruang bawah tanah.

Vila mewah tersebut juga dianggarkan memiliki keluasan 68922 meter persegi yang sebelum ini dimiliki oleh cucu pengasas Lotte iaitu Chang Seon-yoon.

1675232269-25138-60439-samplem

Rumah mewah Lisa di Seoul.

Ini merupakan pembelian mewah Lisa selepas dua tahun ditipu oleh bekas pengurusnya.

Lisa juga dikatakan telah menandatangani kontrak rumah tersebut pada Julai 2022 tahun lalu.

Malah Lisa juga telah membayar rumah tersebut secara tunai dan bayaran terakhir dibuat pada Januari 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktor ‘Start Up’ Nam Joo Hyuk sertai latihan tentera Mac ini, diletakkan dalam pasukan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat gembira dapat khabar daripada Jin BTS, kiriman 3 foto dalam kem tentera ubat rindu

Untuk info, kejiranan yang bakal diduduki Lisa itu merupakan kawasan yang didiami individu berpengaruh dan juga miliki kuasa di Korea Selatan.

Malah pelakon popular Bae Yong Joon menerusi drama Winter Sonata dan pelakon serta penyanyi Lee Seung-gi juga dikatakan menetap di kawasan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain