suria

Bimbang keadaan Britney Spears, polis datang rumah selepas terima laporan peminat… “Melampau! Privasi saya diceroboh”

Britney mohon peminat hormati privasi dan kehidupan peribadinya.

PENYANYI Britney Spears mendakwa privasi dirinya telah diganggu oleh peminat gara-gara panggilan palsu yang dibuat kepada polis melaporkan mengenai keadaannya.

Britney, 42, berkata, pihak polis mengunjungi kediamannya sejurus menerima panggilan dan laporan palsu dibuat oleh peminat itu.

"Polis telah datang ke rumah saya disebabkan oleh beberapa panggilan telefon palsu.

brit1 - 1

Luahan Britney yang dimuat naik di Twitter.

"Saya sayang kepada semua peminat, tetapi kali ini keadaan sudah melampau dan privasi saya telah diceroboh," katanya.

Britney berkongsi perkara itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Britney memberitahu dirinya seperti dibuli sebaik kejadian serbuan polis dilakukan di kediamannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears bawa diri sampai ke Hawaii, emosi terganggu gara-gara isu dengan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sendiri gelar 'attention seeker', Britney Spears makin galak kongsi foto separuh bogel

Kata Britney, pihak polis tidak memasuki rumahnya dan berlalu pergi selepas mendapati tiada sebarang kecurigaan yang berlaku.

"Polis tidak masuk ke rumah saya dan apabila mereka menjengah di pagar, mereka menyedari tiada masalah yang berlaku dan terus berlalu pergi.

"Saya terasa dibuli sebaik sahaja berita itu disebarkan dan sekali lagi saya telah mendapat tanggapan buruk daripada media," ujarnya.

Sementara itu, Britney turut berharap agar peminat dapat menghormati privasi dan kehidupan peribadinya untuk dia meneruskan hidup seperti biasa.

"Saya benar-benar berharap agar semua peminat yang mengambil berat terhadap diri saya supaya menghormati privasi dan kehidupan peribadi saya," katanya.

brit2 - 1

Britney terasa seperti dibuli.

Terdahulu, pihak polis menerima panggilan yang dibuat oleh peminat Britney gara-gara bimbang tentang bintang pop berkenaan.

Pengikut penyanyi lagu Oops!...I Did It Again itu mula bimbang apabila melihat Britney telah memadam akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Sebelum ini, Britney dikatakan membawa diri ke Hawaii bersama suami baharunya iaitu Sam Asghari gara-gara mempunyai isu dengan anak-anaknya, Sean dan Jayden.

Sean dan Jayden merupakan anak Britney hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami iaitu Kevin Federline.

Jayden telah membuat satu kenyataan kononnya Britney sengaja mencari perhatian apabila berkongsi masalah di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain