suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chrissy Teigen kejutkan peminat dedah pernah gugurkan kandungan 

Chrissy Teigen mengaku pernah gugurkan anak dalam kandungan.

MODEL terkenal Chrissy Teigen membuat pengakuan mengejutkan mengenai keguguran yang dialaminya dua tahun lalu.

Menurut isteri kepada penyanyi R&B John Legend ini, dia sebenarnya bukan mengalami keguguran sebaliknya mengambil keputusan menguggurkan kandungan.

Jelasnya, keputusan itu adalah paling sukar yang pernah dibuat namun terpaksa dilakukan demi menyelamatkan nyawanya.

"Dua tahun lalu, ketika saya mengandung anak ketiga, saya terpaksa membuat keputusan sukar dan menyayat hati.

Chrissy Teigen menyesal gugurkan anak.

"Saya terpaksa melakukan pengguguran demi menyelamatkan nyawa saya dan bukan bayi tersebut," katanya seperti dilaporkan The Hollywood Reporter.

Dalam pada itu, Chrissy berkata, dia kesal kerana mengambil masa terlalu lama untuk memahami bahawa dia telah melakukan pengguguran.

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink dedah sikap pelik, gemar mandi hanya separuh badan

ARTIKEL BERKAITAN: Melly Goeslaw kongsi foto terbaharu selepas dua bulan jalani pembedahan bariatrik, berjaya turun 16 kilogram

Jelasnya, dia sebenarnya disarankan untuk melahirkan bayi tersebut lebih awal selepas disahkan mengalami masalah uri yang terkeluar daripada dinding rahim.

Ketika itu, dia mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa berulang-alik ke hospital dan terpaksa membuat keputusan sukar itu.

"Selepas beberapa malam di hospital, doktor yang merawat memberitahu saya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anak dalam kandungan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia