suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bunga Citra Lestari dicium penyanyi pucuk muda di atas pentas, Ray Prasetya jadi buruan netizen 

Peminat kurang senang melihat Ray mencium Bunga Citra Lestari.

AKSI spontan penyanyi BBNU Ray Prasetya memberi kucupan di pipi Bunga Citra Lestari ketika mengadakan persembahan mengundang kecaman banyak pihak yang kurang senang dengan aksi itu.

Peminat menganggap Ray bersikap kurang sopan memandangkan usianya masih muda manakala Bunga atau BCL merupakan penghibur terkenal Indonesia.

"Umurnya masih muda, berani bertindak sedemikian terhadap orang yang lebih tua daripadanya. Hormatilah wanita. Mungkin BCL juga tidak suka dengan aksi itu tetapi terpaksa menahan marah kerana berada di hadapan ribuan penonton.

"Sebagai penyanyi baru sepatutnya dia bijak menjaga sikap. Tak sopan dan biadab mencium wanita yang bukan mahram. BCL wanita yang dihormati, tak baik buat begitu," kata netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus ditahan akibat kes dadah, Bunga Citra Lestari teruskan konsert di Singapura

Video rakaman peminat yang hadir menyaksikan persembahan itu tular di media sosial ketika Ray dan BCL mendendangkan lagu Aku Dan Dirimu.

BCL turut kelihatan terkejut dengan tindakan spontan Ray namun hanya tersenyum sambil terus melayan peminat.

Penyanyi itu menghiburkan peminat menerusi BCL Blossom Intimate Concert di Singapura pada Ahad lalu.

Selain Ray, Ariel Noah juga menjadi artis jemputan pada konsert tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain