suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas Meerqeen, Kiky Saputri dicium Refal Hady pula... Ramai makan hati!

Aksi bersahaja Kiky dicium Refal.

SELEPAS tular video mencium Meerqeen, pelawak Kiky Saputri sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan aksi sama dan kali ini bersama pelakon Refal Hady.

Dalam video yang dimuat naik oleh Kiky itu, dia berlakon seolah-olah penat bekerja sebelum didatangi oleh Refal yang memeluk dan mencium bagi menenangkannya.

Rakaman tersebut juga mencuit hati penonton apabila Kiky secara spontan bersujud meluahkan rasa syukur mendapat ciuman pelakon drama Wedding Agreement itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Meerqeen cium dahi pelawak Indonesia jadi perhatian, rupanya ada kisah sedih di sebalik perkongsian video Kiky Saputri

"Terima kasih ya sayang Refal Hady menemani aku kerja," tulisnya berseloroh di ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, ada juga cemburu dengan Kiky kerana berjaya mendekati dua jejaka yang kini sedang menjadi kegilaan wanita.

"Yang ini paling buat saya iri hati. Iri, dengki, semuanya ada.

"Kiky guna ilmu apa sehingga semua lelaki idaman wanita menciumnya tanpa ditolak.

"Kalau boleh tukar posisi. Saya cemburu," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia