suria

Ranveer Singh minta tempoh hadir siasatan kes gambar bogel

Ranveer akan hadir ke balai polis beri keterangan.

PELAKON Ranveer Singh memohon tempoh penangguhan dua minggu untuk hadir ke balai polis bagi menjalani siasatan berhubung satu laporan mengenai penglibatannya dalam sebuah sesi fotografi berbogel.

Menurut laporan Bollywood Hugama, aktor tersebut yang sepatutnya hadir memberi keterangan pada 22 Ogos bagaimanapun memohon agar prosedur itu ditunda.

"Balai Polis Chembur, Mumbai telah memanggil pelakon Ranveer Singh untuk hadir pada 22 Ogos namun pelakon itu memohon untuk tampil dalam tempoh dua minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ranveer Singh bakal disiasat polis kerana gambar bogel

"Satu surat lain akan dikemukakan kepada Ranveer berhubung tarikh baru itu," jelas wakil polis.

Sebelum ini satu laporan telah dibuat oleh sebuah badan NGO ke atas pelakon Bajirao Mastani selepas dia berkongsi satu gambar bogel di Instagram.

Kes siasatan dibuka di bawah Akta Teknologi Maklumat di India kerana dikatakan boleh mengganggu sensitiviti kaum wanita.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain