suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara hidap anxiety, Jiyoon secara rasmi digugurkan daripada kumpulan Weekly

Jiyoon keluar Weekly dan fokus kepada masalah kesihatan.

NAMA Jiyoon secara rasminya digugurkan daripada kumpulan Weekly akibat masalah anxiety yang dihidapinya.

Disebabkan masalah itu Jiyoon sebelum ini terlepas mengikut program promosi Weekly sebanyak dua kali.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh IST Entertainment, keputusan yang dibuat ini adalah untuk memberi ruang buat Jiyoon menjalani rawatan sebaiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati tengok lakonan sendiri, Yoon Ji On tertekan bawa watak utama

"Akibat simptom anxiety yang dialami, Jiyoon mengambil waktu rehat dari menyertai promosi pada musim panas tahun lalu dan sekali lagi pada Mac lalu.

"Kami bersama Jiyoon, ahli keluarganya dan pakar perubatan telah mengadakan perbincangan tentang kewajaran untuk dia meneruskan aktiviti seni.

"Kami telah membuat keputusan bahawa Jiyoon perlukan persekitaran baharu dan memberi fokus kepada masalah mental serta menjalani rawatan terbaik.

"Secara rasminya bermula 1 Jun, Jiyoon dikeluarkan dari Weekly dan perjalanan kumpulan ini diteruskan oleh enam anggota lain," jelas kenyataan tersebut.

Selain Jiyoon, Weekly yang ditubuhkan pada Jun 2020 dianggotai oleh Soojin, Soeun, Monday, Jihan, Jaehee, dan Zoa. -ALLKPOP

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Jiyoon, Weekly

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia