suria

Ayu Ting Ting jatuh sakit setibanya di Makkah

Ayu alami demam teruk apabila tiba di Makkah.

PENYANYI Ayu Ting Ting yang berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Isnin mengalami demam terus sebaik sahaja tiba di sana.

Menerusi perkongsia di IG Story adiknya iaitu Assyifa Nuraini, keadaan Ayu lemah dan turut mengalami muntah teruk.

ARTIKEl BERKAITAN: Impian Ayu Ting Ting bawa keluarga tunai umrah tercapai selepas 2 tahun tangguh... Mahu sambut hari lahir bapa di Tanah Suci

“Apabila tiba di Makkah, Ayu tiba-tiba rasa tidak sedap badan.

“Badannya panas, muntah dan sakit kepala. Mohon doakan semoga Ayu cepat sihat dan dapat kerjakan ibadah umrah,” jelasnya.

Ayu membawa ahli keluarganya mengerjakan ibadah umrah selepas hasrat tersebut tertangguh akibat penularan Covid-19.

Ketika berangkat, penyanyi lagu Alamat Palsu ini kelihatan sihat namun keadaan tiba-tiba berubah setibanya di sana.

Bagaimanapun Ayu dilihat kembali sihat menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ayu Ting Ting

Artikel Lain