suria

Setahun berehat, Anuskha Sharma gementar nak kembali berlakon, bimbang keadaan fizikal tak macam dulu

Anuskha gementar nak kerja semula.

SELEPAS melahirkan bayi perempuan bernama Vamika pada Januari tahun lalu, pelakon Anushka Sharma bakal kembali ke dunia lakonan tidak lama lagi.

Memetik laporan Hindustantimes, Anushka mengakui dia berasa gementar untuk menjalani penggambaran filem berjudul Chakda ‘Xpress’.

Menurut Anushka, dia bimbang dengan keadaan fizikalnya yang sudah 18 bulan tidak melakukan senaman atau latihan.

"Saya sepatutnya mula bekerja awal tapi penggambaran itu ditunda sebab pandemik dan saya pula disahkan hamil. Bila saya akhirnya dapat bekerja semula, rasa gementar pula.

"Sebab memikirkan saya sudah ada anak dan tidak sekuat sebelum ini. Saya dah 18 bulan tidak melakukan latihan, jadi keadaan fizikal saya tidak berapa baik.

"Jadi, saya dah kena paksa diri untuk melakukan senaman di pusat kecergasan," kata Anushka.

Filem tersebut dijangka bakal dilancarkan pada Februari tahun hadapan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain