suria

Aishwarya Rai kongsi pengalaman cinta pertama, pernah dikasari Salman Khan ketika minta putus hubungan

Aishwarya Rai dan Salman Khan putus pada tahun 2002.

PENGALAMAN cinta pertama pasti meninggalkan memori yang tidak boleh dilupakan dalam hidup seseorang.

Begitu juga dengan pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai yang masih teringat kisah cinta pertamanya dengan aktor Salman Khan yang berakhir dengan kesedihan.

Gosip cinta mereka ini pernah hangat diperkatakan oleh peminat pada tahun 1998 apabila kedua-duanya membintangi drama Hum Dil De Chuke Sanam.

Selesai penggambaran, pasangan ini mula menjalinkan hubungan istimewa selama tiga tahun.

Namun, hubungan itu berakhir apabila Aishwarya memutuskan untuk tidak lagi bersama Salman kerana sikap cemburu melampau aktor tersebut.

aishwarya rai

Aishwarya Rai kini bahagia bersama suami tercinta, Abhishek Bachchan.

Sikap cemburu itu menyebabkan Salman bertindak di luar kawalan sehingga melakukan kekasaran terhadapnya.

"Kami putus pada Mac 2002, tetapi dia susah nak menerima kenyataan ini pada awal-awalnya dan dia mula bertindak kasar. Dia telefon saya, datang jumpa saya dan cakap kasar," cerita Aishwarya Rai.

Aishwarya juga mendedahkan Salman sering menemuinya di set penggambaran dan melakukan kekasaran fizikal.

Perpisahan itu sangat sukar, namun dengan bantuan kawan-kawan dan keluarga kedua-duanya dapat menerima hakikat cinta pertama mereka tidak kekal lama.

SUMBER: Koimoi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain