suria

Harap anak wajah Pan-Asia, Sule menangis imbasan nampak jelas mirip dirinya

Nathalie dan suka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

PELAWAK Indonesia Sule yang menemani Nathalie Holscher membuat imbasan ultrasound memperlihatkan bayi dalam kandungan isterinya itu mirip dirinya.

Bekas pelakon Opera Van Java ini berkata, dia berharap rupa paras anaknya lebih mirip isterinya yang mempunyai darah kacukan Indonesia - Jerman.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan didakwa goyah! Nathalie Holscher sudah keluar rumah, Sule kunci mulut mohon doa

“Saya menangis kerana serupa saya. Kan saya mahu mirip ibunya, tapi saya berdoa terus” ujarnya seperti dipetik Suara.com.

Kenyataan Sule memecah suasana sidang media yang tertawa dengan kata-kata jenaka itu.

Sule dan isterinya bakal timang cahaya mata pada Disember depan. FOTO SUARA.COM

Sule berkongsi keadaan isterica kepada media Indonesia - FOTO SUARA.COM.



Sule menambah salah satu alasan dia menikahi Nathalie adalah agar anak-anaknya mempunyai wajah kacukan.

“Paling tidak pun hidungnya... Insya-Allah nanti lahir ada mirip dia,” ujarnya lagi.

Nathalie dijangka bakal melahirkan bayi pada Disember depan. Doktor menyarankan proses bersalin dijalankan secara pembedahan.

Sule dan Nathalie Holscher berkahwin pada 15 November 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak