suria

Tiga tahun jadi suami isteri, Nick Jonas anggap Priyanka Chopra pasangan sempurna

Nick dan Priyanka bakal menyambut ulang tahun ketiga perkahwinan mereka.

HAMPIR tiga tahun bergelar suami, penyanyi Nick Jonas mengakui dia berasa bangga kerana membuat keputusan untuk berkahwin dengan pelakon Priyanka Chopra.

Menerusi laporan Hindustandtimes, Nick melahirkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan isterinya yang dianggap sebagai pasangan sempurna.

"Sejujurnya perkahwinan merupakan satu keputusan yang sangat tepat yang pernah saya lakukan sepanjang hidup.

"Saya bersyukur kerana bertemu dengan pasangan yang sempurna," kata Nick.

Nick berkongsi perkara tersebut ketika mengadakan konsert bersama Jonas Brother baru-baru ini.

Untuk rekod, Nick mendirikan rumah tangga dengan Priyanka pada 1 Disember 2018 di Jodhpur, India.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain