suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaskia Sungkar tak suka Laudya Cynthia Bella sebelum jadi kawan baik - “Dia suka buat bising dan jarang datang sekolah”

Laudya dan Zaskia mula kenal satu sama lain sejak di bangku sekolah.

HUBUNGAN persahabatan isteri kepada penyanyi Irwansyah iaitu Zaskia Sungkar dengan aktres Laudya Cynthia Bella sudah terjalin lama.

Malah dua selebriti Indonesia terkenal yang mula mengenali satu sama sejak di bangku sekolah itu sering dilihat meluangkan masa bersama.

Namun disebalik persahabatan tersebut, Zaskia mendedahkan dia sebenarnya pada mulanya tidak menyukai rakan baiknya itu.

Laudya dan Zaskia mula kenal satu sama lain sejak di bangku sekolah.

Zaskia dan Bella kini kawan baik.

"Masa saya di sekolah, saya melihat dia (Bella) macam tak berapa suka sangat. Dia pun jarang ada di sekolah. Kalau ada, dia jenis suka buat bising.

"Saya terfikir 'kenapa suka bising-bising, sedangkan jarang datang sekolah'. Tapi kita tak pernah tahu takdir.

"Selepas mengenali dia lebih dekat, masyaallah tabarakallah... ternyata orangnya sebaik ini," kata Zaskia menerusi video di YouTube. - SUARA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain