suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baim Wong mengaku salah marah warga emas, datang rumah Pak Suhud mohon maaf - “Saya sedar tak tahu adab”

Baim Wong dan Suhud mengambil keputusan untuk berbaik.

ISU pelakon Indonesia Baim Wong memarahi warga emas akhirnya selesai selepas pelakon itu mengaku bersalah dan tampil mohon maaf.

Baim sedar tindakannya kepada warga emas yang dikenali sebagai Pak Suhud adalah tidak beradab sebaliknya perlu ada rasa hormat.

"Saya mengaku bersalah. Walaupun sebelum ni saya rasa saya langsung tidak bersalah. Tapi bila difikirkan semula saya sedar saya ada kekurangan iaitu tidak tahu adab," kata Baim menerusi podcast bersama Deddy Corbuzier.

Dia datang mengunjungi kediaman Suhud warga emas tersebut untuk berdamai dan hubungan mereka semakin rapat.

"Dia itu orang tua, macam mana pun juga dia orang tua, dan itu namanya menghardik, ada dalilnya dan itu enggak boleh. Kita harus merendahkan diri kita, dan aku salah,

"Jadi ini salah saya dan saya akuinya. Hati rasa tenang saat berjumpa dengan Pak Suhud, orangnya baik," katanya lagi.

Susulan tindakannya itu juga, Baim Wong hilang 300,000 subscriber dan terkeluar dari Top 5 paling ramai pengikut YouTube. - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Baim Wong, Suhud, mohon maaf

Artikel Lain