suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasil titik peluh sebagai penyanyi... Rossa hadiahkan rumah mewah untuk ibu bapa, harga dianggar cecah RM6 juta!

Rossa gembira dapat hadiahkan sebuah rumah untuk orang tuanya.

DIVA Indonesia Datuk Seri Rossa menghadiahkan sebuah banglo kepada kedua ibu bapanya di kampung halamanya di Sumedang, Jawa Barat, Indonesia.

Seperti dipetik Liputan6, rumah mewah itu dianggarkan berharga Rp 20 Miliar atau kira-kira RM6 juta.

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi ini beberapa kali memuat naik foto bersama keluarga di kediaman mewah tersebut.

Rumah berwarna putih kelihatan begitu megah dan baharu sahaja siap pembinaannya.

rossa2Kediaman itu terletak di kampungnya Sumedang, Indonesia.

Peminat turut meluahkan rasa gembira dengan mengulang siar video-video yang memaparkan sudut rumah berkenaan.

Dalam siaran podcast dengan Ivan Gunawan beberapa bulan lalu, Rossa mengaku rumah itu berharga Rp 20 Milliar dibangunkan untuk orang tuanya.

Biarpun berdepan masalah ekonomi akibat pandemik, Rossa tetap meneruskan niatnya menyalurkan pendapatan dalam dunia hiburan untuk membangunkan istana mewah itu.

rossa3Teruskan niat buat rumah walaupun pandemik.

Kediaman itu terletak di kawasan sawah padi dengan memiliki halaman yang sangat luas yang dikatakan seperti padang bola.

Pembangunan rumah ini dikatakan cepat kerana kali pertama Rossa memberitahu tentang projek itu pada Jun lalu dan siap untuk diduduki pada akhir September lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain