suria

Sambut ulang tahun kelima, Blackpink tidak lagi terima hadiah daripada peminat

BLACKPINK dianggotai oleh Rose, Jisoo, Lisa dan Jennie.

AGENSI pengurusan YG Entertainment memberitahu pihak mereka terpaksa membuat keputusan untuk tidak lagi menerima hadiah daripada peminat Blackpink.

Memetik laporan Soompi, keputusan itu dibuat selepas pihak mereka berbincang dengan kesemua ahli kumpulan itu.

"Kami ingin membuat pengumuman mengenai peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada Blackpink. Tahun ini, ahli Blackpink menyambut ulang tahun kelima.

"Mereka menerima banyak hadiah daripada peminat. Selepas berbincang, kami terpaksa membuat keputusan yang sukar.

"Kami tidak akan menerima lagi hadiah yang dihantar oleh peminat. Kami sangat hargai jika anda tukar hadiah itu dengan memberi sokongan dan kasih sayang," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain