suria

Anak buat hal, kontrak iklan Shah Rukh Khan mungkin dibatalkan

Shah Rukh Khan mungkin dibatalkan kontrak kerana kontroversi anak.

NAMPAKNYA kes dadah membabitkan anak pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan turut memberi kesan kepada karier bapanya.

Menurut laporan Hindustan Times, sebuah syarikat besar dikatakan bakal menarik semua kontrak iklan dengan aktor berkenaan.

The Economic Times juga melaporkan perusahaan teknologi itu sebelum ini telah membayar kontrak yang besar kepada Shah Rukh Khan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak Shah Rukh Khan jadi mangsa buli siber, Aryan Khan dicemuh terkait kes dadah... Instagram dihujani lebih 16,000 komen

"Syarikat berkaitan teknologi pendidikan itu telah menghentikan sementara semua promosi yang berkaitan dengan SRK. Boleh dikatakan mereka tak mahu lagi dilihat mempromosikan produk selepas terkait kontroversi," kata sumber.

Namun sehingga kini sumber belum dapat mengesahkan mengenai kesahihan khabar angin itu.

Lebih-lebih lagi, Shah Rukh Khan telah dilantik sebagai duta dan prosedur pembatalan kontrak memakan masa.

Sementara itu, wakil syarikat yang dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan itu.

Pada 3 Oktober lalu, Aryan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan anggota polis dari Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada Ahad.

Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Mahkamah Mumbai menolak permohonan jaminan ke atas Aryan dan pemuda itu terus ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah (judicial custody) dan dihantar ke Penjara Arthur di Mumbai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain