suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir bercerai tahun lalu, Hwang Jung Eum hamil cahaya mata kedua

Hwang Jung Eum bakal melahirkan anak keduanya pada tahun hadapan.

PELAKON Hwang Jung Eum berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil cahaya mata kedua.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan C-JeS Entertainment turut mendedahkan pihak mereka sudah bertanyakan perkara itu kepada aktres tersebut.

Menurut kenyataan rasmi daripada pihak mereka, Hwang Jung Eum bakal melahirkan cahaya mata keduanya pada tahun hadapan.

"Kami sudah bertanya kepada Hwang Jung Eum dan dia sememangnya kini sedang hamil. Dia dijangka akan bersalin tahun hadapan," kata agensi.

Untuk rekod, Hwang Jung Eum dan suaminya, Lee Young Don yang juga bekas pemain golf serta usahawan berkahwin pada 2016.

Pasangan itu juga pernah berdepan dengan masalah rumah tangga dan hampir bercerai pada tahun lalu namun memilih untuk tetap bersama sehingga kini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain