suria

Galih Ginanjar kongsi foto romantik dengan model seksi, netizen ungkit kisah bau ‘ikan asin’

Galih kongsi foto bersama seorang model terkenal.

FOTO mesra pelakon Galih Ginanjar bersama seorang model cantik dikenali Refty mengundang persoalan netizen yang ingin mengetahui status hubungan mereka berdua.

Kedua-duanya dilihat berkongsi foto mesra di laman sosial masing-masing seakan-akan memberi bayangan sedang bahagia melayari alam percintaan.

"Gunakan senyummu untuk mengubah dunia, jangan biarkan dunia mengubah senyummu," kata Galih menerusi Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas insiden hina kemaluan bekas isteri, Galih Ginanjar ‘lost contact’ dengan anak... terlalu rindu tapi malu nak jumpa

Perkongsian Galih itu mengundang pelbagai komen dan reaksi daripada netizen di laman sosial.

Selain doa dan ucapan tahniah, ada juga yang meminta Refty mempertimbangkan semula hubungan mereka agar tidak menerima nasib sama seperti dialami Fairuz A. Rafiq.

"Jangan! Nanti kalau jadi bekas dikatakan ikan masin.

"Dah hilang hormat sama dia selepas kes ikan masin tu," antara komen netizen.

Untuk rekod, Galih berkahwin dengan Fairuz pada Mac 2011 dan bercerai pada tahun 2014.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama King Faaz Arafiq.

Galih kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Barbie Kumalasari pada 2015, namun hubungan itu berakhir pada Jun 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain