suria

Terima ugutan bunuh gara-gara komen kepada peserta program realiti, Sunmi bakal ambil tindakan undang-undang

Sunmi terima ugutan bunuh disebabkan ada pihak kurang senang dengan komennya di sebuah program.

SELEPAS menerima ugutan bunuh di laman sosial, agensi pengurusan penyanyi Sunmi iaitu Abyss Company bakal mengambil tindakan undang-undang.

Memetik laporan Soompi, pihak mereka turut berharap peminat artis tersebut dapat membantu melaporkan sebarang komen berunsur serangan.

"Sebelum ini kami pernah keluarkan kenyataan yang kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap komen melampau berunsur serangan dan ugutan.

"Baru-baru ini juga Sunmi menerima komen yang sama daripada akaun palsu di laman sosial. Untuk melindungi artis kami akan ambil tindakan undang-undang.

"Kami berharap juga pertolongan daripada peminat untuk melaporkan sebarang komen negatif kepada pihak kami," tulisnya.

Sebelum ini, Sunmi menerima ugutan bunuh gara-gara ada pihak tidak bersetuju dengan komen yang diberikannya kepada peserta program realiti Girls Planet 999.

Dalam program berkenaan, Sunmi sebenarnya bertindak sebagai guru iaitu seorang mentor dan juri.

Sunmi meluahkan kekesalan menerusi Twitternya baru-baru ini dengan mempersoalkan, apakah sebab dia dibenci sehingga ada yang sanggup melayangkan ugutan bunuh terhadapnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain