suria

Anak tak selera makanan penjara, Shah Rukh Khan hantar duit belanja kantin

SRK bimbang kesihatan anaknya Aryan yang kini ditahan di penjara.

BINTANG Bollywood Shah Rukh Khan telah menghantar wang untuk perbelanjaan kantin kepada anaknya Aryan Khan yang kini di penjara Arthur di Mumbai.

Penguasa Penjara Nieten Waychal mengesahkan bahawa pihak penjara menerima wang sebanyak Rs 4,500 atau RM250 daripada keluarga Aryan pada 11 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak buat hal, kontrak iklan Shah Rukh Khan mungkin dibatalkan

Mengikut peraturan penjara, seorang tahanan boleh menerima pesanan wang maksimum Rs 4,500 untuk mereka berbelanja dalam penjara.

Pada Khamis lalu, Aryan mendapat peluang bercakap dengan ibu bapanya buat pertama kali selepas 12 hari ditahan berkait kes dadah.

Dia melakukan panggilan video dengan Shah RukhKhan dan Gauri melalui kemudahan yang diperkenalkan pihak berkuasa penjara selama wabak Covid-19 tahun lalu sebagai cara komunikasi tahanan dengan keluarga dan peguam mereka.

Aryan memberikan nombor ibunya. Dia bercakap dengan ibu dan bapanya melalui kemudahan panggilan video selama 10 minit, ”kata seorang pegawai kanan penjara.

Ibunya Gauri Khan kini melalui detik sukar sejak penangkapan anaknya Aryan 3 Oktober lalu.

Aryan dipindahkan ke penjara pada Khamis, setelah diuji negatif Covid-19.

Aryan Khan telah diberikan nombor tahanan N956. Laporan itu menyatakan bahawa Aryan kelihatan terganggu, tegang, dan tidak selesa di penjara.

Dia makan makanan penjara tetapi tidak menyukainya, sementara ibu bapanya telah menghantar wang untuk menampung perbelanjaan kantinnya.

Pada 3 Oktober lalu, Aryan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan anggota polis dari Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada Ahad.

Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee. - Time Of India

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain