suria

Dua tahun bersara bidang lakonan, pelakon ‘Dangal’ Zaira Wasim kongsi foto berjubah

Zaira Wasim kongsi foto berjubah selepas dua tahun bersara.

DUA tahun mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan, pelakon Bollywood Zaira Wasim berkongsi foto pertamanya berpakaian jubah di Instagram.

Zaira yang kini berusia 20 tahun memperlihatkan dirinya di atas jambatan dengan membelakangkan kamera di bawah sinaran matahari dengan kapsyen 'The warm October Sun'.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang 'Dangal' Zaira Wasim umum tinggalkan Bollywood, kerjaya lakonan ganggu kehidupan sebagai umat Islam

Selain itu, bintang filem Dangal, Fatima Sana Shaikh dan Vibrant turut menyukai foto peminat.

Ruangan komen Zaira dipenuhi dengan ucapan salam dan terima kasih oleh peminatnya.

Selain Dangal, Zaida turut membintangi filem Secret Superstar dan The Sky Is Pink.

Tahun lalu, Zaira meminta peminatnya untuk tidak lagi berkongsi dan memadam kesemua gambarnya dari akaun media sosial.

Zaira berkata, dia kini sedang berusaha untuk memulakan hidup baru.

Sebelum ini, Zaira mengumumkan untuk bersara daripada dunia lakonan kerana menganggap kerjaya lakonan bertentangan dengan kepercayaan agama Islam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Dangal, Zaida Wasim, Secret Superstar,

Artikel Lain