suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati Luna Maya sudah lama tertutup buat Ariel NOAH, akan tolak jika dilamar

Luna pernah bercinta dengan Ariel namun berpisah pada 2010.

HUBUNGAN cinta antara pelakon Luna Maya dan penyanyi Ariel Noah bukan lagi satu rahsia dan walaupun kedua-duanya sudah berpisah pada 2010 namun mereka masih berkawan baik sehingga kini.

Biarpun tahun lalu Luna pernah mengakui tidak mustahil sekiranya akan kembali bersama bekas kekasihnya itu namun hatinya sudah berubah ketika ditanya oleh pelakon Boy William baru-baru ini.

Menerusi video di YouTube, Boy William bertanyakan kepada Luna adakah dia akan menerima lamaran Ariel sekiranya penyanyi itu mahukannya kembali.

"Kalau Ariel NOAH mahu awak kembali, apa jawapan awak?" soal Boy William.

Bagaimanapun Luna dengan secara berselora menjawab dia akan menolak lamaran tersebut kerana beranggapan dirinya sudah mempunyai teman lelaki.

"I'm sorry, I'm taken (maaf, saya sudah mempunyai kekasih)," jawab Luna sambil ketawa.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia