suria

Lepas tinggalkan Running Man, Lee Kwang Soo bakal bintangi drama thriller

Lee Kwang Soo bakal membawakan watak cashier di sebuah kedai serbaneka menerusi drama terbaharunya itu.

SELEPAS meninggalkan program game show popular Running Man, aktor Lee Kwang Soo dikhabarkan akan kembali aktif dalam bidang lakonan selepas ini.

Terbaharu, pelakon tinggi lampai berusia 36 tahun itu dikatakan bakal membintangi sebuah drama bergenre misteri, The Murderer's Shopping List berdasarkan novel tulisan Kang Ji Young yang mengunakan judul sama.

The Murderer's Shopping List mengisahkan tentang jenayah yang sering berlaku di kawasan kejiranan watak yang bakal dibawakan Kwang Soo.

Agensi pengurusan Kwang Soo, King Kong by Starship mendedahkan aktor itu kini sedang mempertimbangkan tawaran tersebut dan berkemungkinan besar akan meneruskan projek berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selepas 11 tahun bersiaran dalam program Running Man, Kwang Soo akhirnya mengucapkan selamat tinggal pada episod terakhir yang ditayangkan di Korea Selatan pada 13 Jun lalu.

Walaupun berat hati, Kwang soo terpaksa meninggalkan siri tersebut demi memikirkan kesihatan dirinya.

Kwang Soo sebelum ini pernah terlibat kemalangan jalan raya pada Februari tahun lalu sehingga menyebabkan keretakan di buku lali kanan yang mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain