suria

Terlalu banyak ambil vitamin… Cita Citata derita penyakit autoimun, berubat sampai ke luar negara

Cita Citata dapatkan rawatan bagi penyakit autoimun yang dihidapinya.

PENYANYI dangdut Indonesia, Cita Citata mendedahkan dia kini sedang mendapatkan rawatan penyakit autoimun iaitu penyakit di mana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisu badan sendiri.

Menurut laporan Tabloid Bintang, Cita memberitahu dia menjalani beberapa siri rawatan termasuklah di luar negara bagi mengawal penyakitnya itu daripada menjadi lebih parah.

"Setahun kebelakangan ini saya jalani beberapa rawatan termasuk terapi akupuntur.

"Kalau orang lihat kulit saya mereh-merah. Itu sebenarnya antara gejala autoimun," katanya.

Sementara itu, Cita memberitahu dia diserang penyakit itu disebabkan terlalu banyak mengambil vitamin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ambil vitamin dan suntikan itu mengakibatkan sel darah putih menjadi terlalu banyak, itu sangat tak bagus.

"Walaupun sel darah putih boleh menyembuhkan tapi kalau terlalu banyak boleh mendatangkan bahaya.

"Sekarang keadaan kesihatan saya semakin baik, saya kurangkan pengambilan vitamin berbahan kimia dan menggantikan vitamin daripada sumber herba," ujarnya.

Selain mendapatkan rawatan di Indonesia, penyanyi lagu Goyang Dumang ini berkata dia turut menerima rawatan di negara jiran iaitu Malaysia dan Singapura.

Sebelum ini, penyanyi yang juga isteri kepada Anang Hermansyah iaitu Ashanty turut mendedahkan dirinya menderita penyakit autoimun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain