suria

Nikita Mirzani bagi 'hint' akan naik pelamin buat kali keempat, ramai teka Dimas Beck bakal suami

Nikita Mirzani masih lagi berteka-teki tentang identiti bakal suaminya.

PELAKON Nikita Mirzani baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan dia bakal mendirikan rumah tangga buat kali keempat.

Namun begitu, aktres seksi berusia 35 tahun itu masih lagi belum mendedahkan identiti bakal suaminya itu kepada umum.

Rata-rata peminatnya meneka bakal suami Nikita ialah pelakon Dimas Beck, 33, yang sebelum ini digosipkan dengan Laudya Cynthia Bella.

Ini kerana, Nikita ada memuat naik gambarnya sedang memeluk erat Dimas di laman Instagramnya baru-baru ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kamu selalu ada buat aku," tulis Nikita di ruang kapsyen foto tersebut.

Sementara itu, seorang pereka fesyen, Caren Delano mendedahkan baru-baru ini Nikita ada bertemu dengannya bagi membincangkan tentang busana perkahwinannya.

Menurut Caren, Nikita akan melangsungkan majlis perkahwinannya di dua lokasi iaitu di Bali dan Jakarta dalam waktu terdekat.

Nikita walau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti bakal suaminya kepada Caren. - Suara.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain