suria

Tak 'renew' kontrak dengan Source Music, GFRIEND mungkin bubar?

GFRIEND memulakan karier seni mereka sejak tahun 2015.

KUMPULAN Kpop, GFRIEND dilaporkan tidak memperbaharui kontrak dengan syarikat pengurusan mereka, Source Music.

Keenam-enam ahli kumpulan itu dikhabarkan bakal membawa haluan masing-masing selepas ini.

"Kontrak di antara GFRIEND dan Source Music akan tamat pada 22 Mei ini.

"Selepas mengadakan perbincangan, GFRIEND dan Source Music sudah mencapai persetujuan untuk meneruskan haluan berbeza dalam usaha untuk terus berkembang maju dalam bidang masing-masing," kata wakil syarikat pengurusan tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

GFRIEND memulakan karier mereka pada tahun 2015 muncul dengan album mini pertama berjudul Season of Glass.

Sepanjang enam tahun bergiat aktif, mereka telah tampil dengan 10 album mini serta cukup popular dengan lagu berjudul Rough.

GFRIEND dianggotai oleh Sowon, Yerin, Eunha, Yuju, SinB dan Umji. - NME

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

GFRIENd, Kpop, Source Music

Artikel Lain