suria

Bobby Bones 'terlepas cakap'... Katy Perry dan Orlando Bloom sudah berkahwin senyap-senyap

Bobby tidak terima jemputan ke majlis perkahwinan rakan pengacaranya, Katy.

PERSONALITI TV dan penyampai radio Bobby Bones secara tidak sengaja mendedahkan pasangan selebriti terkenal iaitu Orlando Bloom dan Katy Perry sudah melangsungkan perkahwinan.

Memetik laporan Hollywoodlife, Bobby Bones memberitahu dia tidak menerima jemputan untuk ke masjlis perkahwinan pasangan itu yang diadakan secara kecil-kecilan.

"Majlis itu diadakan secara kecil-kecilan sahaja tapi saya tak dapat pun sebarang jemputan. Jadi, saya tidak pergi ke majlis tersebut. Dan saya faham kenapa... walaupun saya cemburu," katanya.

Bobby Bones berkongsi perkara itu ketika disoal mengenai rakan pengacaranya di program America Idol itu menerusi temu bual bersama Us Weekly pada Selasa.

Bagaimanapun, Orlando mahupun Katy tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai majlis tersebut.



Katy dan Orlando mempunyai seorang anak perempuan.

Sebelum ini, Katy mengambil keputusan menangguhkan sementara tarikh majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada tahun lalu ekoran kebimbangan penularan wabak COVID-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Difahamkan, pasangan itu teruja dengan perancangan perkahwinan mereka di Jepun, namun terpaksa menangguhkannya buat sementara waktu atas faktor keselamatan di negara itu yang tidak mengizinkan.

Katy dan Orlando mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Daisy Dove Bloom yang lahir pada 26 Ogos tahun lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain