suria

Keluarga gesa Liam Hemsworth cepat kahwin dengan Gabriella Brooks - “Pasangan ini letak syarat tak boleh follow IG satu sama lain”

Liam Hemsworth kini bahagia dengan model Gabriella Brooks.

KELUARGA Liam Hemsworth dikatakan cukup menyenangi kehadiran teman wanita baharu aktor itu, Gabriella Brooks.

Malah menurut sumber terdekat dengan pelakon tersebut, keluarganya sudah tidak sabar untuk melihat Liam kembali melangkah ke gerbang perkahwinan dengan model berusia 23 tahun itu.

Liam, 31, dan Gabriella dilaporkan mula menjalinkan hubungan sejak Disember lalu.

"Gabriella sangat disenangi oleh semua ahli keluarga Liam dan dia juga suka meluangkan masa bersama keluarga kekasihnya itu.

"Pasangan ini juga ada membuat syarat yang mana mereka tidak dibenarkan untuk mengikuti (follow) akaun media sosial satu sama lain.

"Itu antara faktor yang membuatkan kedua-duanya sangat tulus dan gembira dalam mencintai satu sama lain," kata sumber tersebut.

Liam sebelum ini pernah berkahwin dengan Miley Cyrus pada Disember 2018 namun bercerai lapan bulan selepas itu. - Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain