suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Derma 35,000 salinan album, niat baik Kang Daniel disalah erti

Kang Daniel menyumbang album terbaharunya berjudul Magenta kepada sebuah badan amal.

NIAT baik penyanyi Kpop terkenal Kang Daniel yang menyumbang album terbaharunya iaitu Magenta disalah erti apabila dia didakwa menderma hanya kerana penjualan album itu tidak mendapat sambutan.

Spekulasi itu timbul selepas seorang pengguna laman sosial memuat naik foto sebuah lori yang membawa sejumlah kotak yang dikatakan mengandungi 35,000 salinan album tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara sediakan bilik makanan ringan di pejabat, ramai yang mahu bekerja di syarikat Kang Daniel

Pihak pengurusan album Kang Daniel tampil menjelaskan perkara sebenar di mana Magenta telah didermakan atas permintaan sebuah badan amal.

"Kami pasukan yang bertanggungjawab memerhatikan album Kang Daniel. Pada masa ini, albumnya yang berjudul Magenta sedang dihantar ke sebuah pusat sumbangan. Kami telah menderma album tersebut dalam jumlah yang diminta oleh pihak mereka. Kami yang bertanggungjawab menghantar album itu.

"Pasukan kami mengambil bahagian dalam aktiviti sumbangan dengan niat dan hati yang baik. Namun, ada orang yang telah mengambil gambar proses sumbangan tersebut dan menggunakannya untuk kepentingan mereka.

"Sesiapa yang terus menggunakan gambar tersebut untuk memfitnah artis kami atau peminatnya akan diambil tindakan undang-undang," katanya.

Kang Daniel dikenali dengan sifatnya yang sering memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk barangan kepada badan-badan amal yang memerlukan.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain