suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kendall Jenner, Devin Booker luangkan masa bercuti dengan Justin Bieber dan Hailey Baldwin

Kendall bersama Devin (topi putih) dilihat bercuti dengan Justin (baju merah jambu).

MESKIPUN tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai spekulasi hubungan cinta, model terkenal Kendall Jenner sekali lagi dilihat meluangkan masa bercuti dengan pemain bola keranjang iaitu Devin Booker.

Memetik laporan Hollywoodlife, foto Kendall dengan Devin itu dirakam ketika mereka sedang dalam percutian bersama pasangan suami isteri terkenal iaitu Justin Bieber dan Hailey Baldwin di Idaho, Amerika Syarikat pada Khamis lalu.

Dalam keadaan negara masih dilanda pandemik Covid-19, dua pasangan tersebut hanya memilih lokasi percutian berdekatan dengan kediaman mereka.

Baru-baru ini, foto Kendall bersama Devin ketika keluar dari sebuah restauran di Santa Monica, California menjadi perhatian dan menguatkan lagi spekulasi mereka sedang bercinta.

Bagaimanapun menurut sumber terdekat, Kendall masih tidak mempunyai kekasih tetapi dia berasa seronok dapat meluangkan banyak masa bersama Devin.

"Kendall sedang menikmati masa yang seronok bersama Devin dan mahu melihat ia boleh pergi sejauh mana tapi dia masih belum menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa mahu pun lelaki itu," kata sumber.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain