suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Camila Mendes tidak lagi sorok hubungan cinta dengan jurugambar, Grayson Vaughan

Camila terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan jurugambar, Grayson.

SETELAH beberapa bulan meninggalkan tanda tanya, akhirnya pelakon Camila Mendes mengesahkan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan jurugambar yang dikenali sebagai Grayson Vaughan.

Camila mendedahkan perkara itu dengan memuat naik foto mesra bersama teman lelakinya itu dengan kapsyen romantik di laman Instagram.

"Jenis hubungan cinta jarak jauh," tulis Camila secara ringkas.

Rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja dengan berita gembira tersebut dan berharap pasangan itu kekal sampai bila-bila.

Hubungan cinta pelakon drama bersiri Riverdale itu dengan kekasihnya mula menjadi perhatian selepas foto mereka bersama dirakam sekitar Jun dan Ogos lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain