suria

Netizen terkejut wajah terkini anak lelaki David Beckham, Romeo saling tak tumpah dengan ibunya

Wajah anak kedua Victoria, Romeo Beckham saling tak tumpah sepertinya.

ANAK lelaki pasangan selebriti Victoria dan David Beckham, Romeo mencuri perhatian netizen selepas ibunya berkongsi foto remaja itu di Instagram.

Victoria yang berkongsi foto Romeo, 18, bersama adik perempuannya iaitu Harper, 9, kelihatan saling tak tumpah seperti Victoria sewaktu muda sehingga mendapat perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia model terbaik saya” - David Beckham obses dengan produk kecantikan isteri

"Dia sangat disayangi abang-abangnya," tulis Victoria ringkas.

Perkongsian itu yang dimuat naik pada Rabu mendapat kira-kira 375,000 tanda suka (likes) dan 1,800 komen.

"Dia kembar awak!

"Ya tuhan, dia adalah awak dalam versi lelaki. Kembar!

"Saya bagaikan tak percaya dia kelihatan sama seperti ibunya," komen beberapa netizen.

Victoria dan David mendirikan rumah tangga pada tahun 1999 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz dan seorang anak perempuan iaitu Harper.

Sumber: Daily Mail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain