suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia model terbaik saya” - David Beckham obses dengan produk kecantikan isteri

David Beckham merupakan peminat setia produk kecantikan keluaran isterinya, Victoria.

PEMAIN bola sepak terkenal David Beckham mengakui obses dengan produk kecantikan jenama Victoria Beckham Beauty (VBB) milik isterinya, Victoria Beckham.

Menerusi siaran langsung Instagram (IG Live) di akaun Victoria, penyanyi itu berkata suaminya merupakan model terbaik untuk mempromosikan produk-produknya.

ARTIKEL BERKAITAN: David dan Victoria Beckham beli sos Big Mac di eBay sepanjang tempoh berkurung

"Dia model terbaik saya," kata Victoria.

Ahli kumpulan Spice Girls ini turut berkata suaminya gemarkan serum terbaharu keluaran jenama kosmetiknya yang bertujuan membantu mengembalikan keremajaan.

Serum tersebut dijual di pasaran dengan harga £180 (RM980).

"Saya juga baru saja dapat mesej daripada David yang mengatakan dia sudah kehabisan serum ini. Dia sangat sukakannya. Saya akan bawa balik sebotol untuknya," ujarnya.

Sumber: Daily Mail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain