suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanye West mengaku rampas mikrofon Taylor Swift di Anugerah Video Muzik MTV 2009 atas dorongan Tuhan

Kanye West dan Taylor Swift pernah berselisihan faham.

SELEPAS sembilan tahun, penyanyi rap Kanye West akhirnya tampil menjelaskan sebab dia naik ke pentas dan merampas mikrofon penyanyi Taylor Swift di Anugerah Video Muzik MTV 2009.

Menerusi temubual di Cannon's Class pada Selasa, Kanye, 43, berkata tindakannya itu sudah ditakdirkan untuk berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West buat kacau lagi semasa Anugerah Video Muzik MTV 2009

Malah, penyanyi lagu Stronger ini memberitahu dia tidak mengenali siapa Taylor Swift pada ketika itu dan menyifatkan video Beyonce adalah video terbaik sepanjang zaman.

"Ketika itu, Tuhan sedang bagi saya maklumat. Kalau Tuhan tak nak saya naik ke pentas dan cakap yang video Beyonce tu adalah video yang terbaik, Dia takkan bagi saya duduk di barisan paling hadapan... saya mesti sudah duduk di belakang.

"Mereka takkan letakkan kategori tersebut sebagai kategori yang pertama yang dianugerahkan pada malam itu. Ia idea yang mengarut sebab saya tak pernah dengar nama dia (Taylor) sebelum ini dan Single Ladies merupakan salah satu video paling hebat sepanjang masa," kata Kanye.

Pada 2009, penyanyi rap itu telah dikritik hebat berikutan tindakannya yang secara tiba-tiba merampas mikrofon daripada Taylor Swift dan mengatakan Beyonce lebih layak memenangi anugerah berkenaan.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kanye West, Taylor Swift, MTV VMA, MTV

Artikel Lain