suria

Kanye West buat kacau lagi semasa Anugerah Video Muzik MTV 2009

Kanye West merampas mikrofon dari Taylor Swift ketika dia sedang berucap. - foto REUTERS
Kanye West merampas mikrofon dari Taylor Swift ketika dia sedang berucap. - foto REUTERS
Kanye West merampas mikrofon dari Taylor Swift ketika dia sedang berucap. - foto REUTERS

KANYE West kembali membuat perangai lamanya yang dianggap sesetengah orang sebagai menjijikan kelmarin di New York semasa anugerah Video Muzik MTV 2009 sedang berlangsung.

Penyanyi rap itu menganggu ucapan pemenang anugerah video wanita terbaik, Taylor Swift, sambil mencemuh, katanya, Beyonce menerusi lagu 'Put A Ring On It' lebih layak memenangi anugerah tersebut.

Kanye yang terkenal dengan perangai 'cakap lepas' kelmarin secara tiba-tiba merampas mikrofon daripada Swift, kemudian berkata dengan penuh nada menyindir: "Taylor, saya tumpang gembira untuk anda, saya akan bagi anda bercakap selepas ini, tapi Beyonce yang mempunyai video terbaik."

Perbuatannya itu dikritik hebat dan diejek oleh hadirin di Radio City Music Hall.

Beyonce kelihatan terkejut dengan tindakan Kanye, sementara Taylor tidak terkata apa-apa sambil mengesat air matanya.

Bagaimanapun peminat mula menjerit nama Taylor sebagai tanda sokogan.

Penyanyi pop Pink dilaporkan terpaksa ditenangkan oleh pengawal keselamatan kerana dia terus meluru untuk menyerang Kanye West kerana tindakan penyanyi rap yang menyakitkan hati itu.

Kanye diejek oleh hadirin setiap kali namanya disebut sepanjang majlis anugerah itu.

Sejurus selepas insiden itu Kanye West disuruh meninggalkan majlis tersebut oleh pegawai MTV.

Beyonce ketika menerima anugerahnya menjemput Taylor kembali naik ke atas pentas untuk menghabiskan ucapannya yang telah diganggu.

Sebelum ini Kanye pernah beberapa kali melakukan perkara yang sama.

Pada tahun 2004, dia memprotes apabila Gretchen Wilson menang anugerah artis baru terbaik dan bukan dirinya di Anugerah Muzik Amerika.

"Kemenangan saya telah 'dicuri'," kata Kanye kepada pemberita.

Setahun kemudian ketika di Anugerah Muzik Eropah MTV, lagunya 'Touch the Sky Video' kalah kepada lagu Justice dan Simian 'We Are Your Friends'.

Katanya videonya lebih layak menang kerana promosi untuk albumnya melibatkan jutaan ringgit dan Pamela Anderson turut terlibat.

Kanye sekali lagi memprotes ketika di anugerah Video Muzik 2007 apabila pentas tempat dia sepatutnya membuat persembahan ditukar ke bahagian lain.

Ketika itu Kanye naik berang apabila tidak menang satu anugerah pun walaupun tercalon dalam lima kategori. Dia berjanji tidak akan hadir sebarang aktiviti MTV lagi selepas itu.

Artikel Lain