suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gigi Hadid sahkan kini hamil 8 bulan, bakal bergelar ibu dalam masa terdekat

Gigi Hadid kini hamil 33 minggu.

MODEL terkenal antarabangsa Gigi Hadid yang sering berteka teki mengenai kehamilannya akhirnya mendedahkan usia kandungannya sudah memasuki 33 minggu iaitu bersamaan dengan lapan bulan.

Gigi, 25, berkongsi berita itu menerusi foto kehamilannya di Instagram pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigi Hadid tak sabar nak besarkan anak di rumah baharu

"33 minggu," tulis Gigi ringkas.

Perkongsian tersebut mendapat kira-kira 5 juta tanda suka (likes) dan 24,000 komen.

Gigi turut menerima pujian beberapa rakan artis.

"Tak lama dah," tulis model Ashley Graham.

"Cantiknya," komen aktres Vanessa Hudgens.

"Kitaran hidup yang amat bermakna," ujar ibu Gigi iaitu Yolanda Hadid.

Gigi sedang hamil anak pertama bersama pasangannya penyanyi terkenal Zayn Malik.

Sumber: E Entertainment

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Gigi Hadid, Zayn Malik

Artikel Lain