suria

The Rock sekeluarga positif Covid-19, akui sedang lalui detik sukar

Dwayne Johnson dan keluarganya dijangkiti Covid-19 sejak beberapa minggu lalu.

PELAKON Dwayne Johnson memberitahu dia bersama isteri dan dua anak perempuan mereka disahkan positif Covid-19 sejak beberapa minggu lalu.

Berita itu dikongsikan Dwayne yang lebih dikenali sebagai The Rock menerusi Instagram mengakui ia detik yang sukar untuk dilalui.

ARTIKEL BERKAITAN: The Rock bangga anak perempuan ikut jejak langkah jadi ahli gusti

"Baiklah, selamat siang. Di mana sahaja anda berada di seluruh dunia sekarang... saya ingin memberitahu anda maklumat terkini mengenai beberapa perkara yang telah saya lalui selama beberapa minggu terakhir ini.

"Saya dan isteri saya, Lauren, termasuk dua bayi perempuan kami telah disahkan positif COVID-19. Ini adalah salah satu perkara yang paling mencabar dan sukar yang terpaksa kami lalui sebagai sebuah keluarga dan juga saya secara peribadi," katanya.

Menerusi kapsyen video tersebut, Dwayne turut menasihati pengikutnya supaya sentiasa berdisiplin dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga demi melawan wabak yang melanda.

"Sentiasa berdisiplin, tingkatkan sistem pertahanan badan... beri komitmen pada kesihatan, sentiasa pakai pelitup muka dan lindungi keluarga anda.

"Bersikap lebih tegas sebelum menjemput sesiapa datang ke rumah anda dan jaga orang di sekeliling anda," tulisnya.

Sebelum ini, beberapa selebriti Hollywood termasuk Tom Hanks, Idris Elba dan Madonna turut dijangkiti virus Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain