suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jam tangan RM33,000 jadi perhatian, peminat tak sangka Haechan NCT pakai aksesori mewah - “Wow! Bukan biasa-biasa”

Jam tangan dipakai Haechan tarik perhatian peminat.

APA sahaja yang digayakan oleh golongan selebriti pasti menarik perhatian peminat termasuklah jam tangan milik salah seorang ahli kumpulan NCT iaitu Haechan.

Menurut laporan Wow, aksesori yang dipakai oleh Haechan menjadi perbualan hangat peminat selepas sebuah laman sembang memuat naik foto serta harga jam tangan tersebut.

Hasil carian netizen mendapati jam tangan berwarna perak itu bernilai hampir RM33,000.



Peminat terkejut apabila mengetahui harga jam tangan digayakan Haechan.

Harga tersebut mengejutkan segelintir peminat, namun ada juga menganggap nilai jam tersebut tidak terlalu mahal.

"Sejujurnya untuk mereka, nilai harga itu biasa sahaja, mampu milik! Lagipun ada ramai lagi selebriti lain memakai jam lebih mahal.

"Wow! Dia memakai jam semahal itu, bukan biasa-biasa. Perempuan suka simpan koleksi tas tangan mahal, lelaki pula suka simpan koleksi jam tangan dan kereta.

"Saya pernah tengok penyanyi lain pakai jam tangan jenama Rolex lebih mahal daripada ini, ini masih dianggap murah... maaflah saya pun tak tahu tentang jam!," kata netizen di portal tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Haechan, NCT, Gosip artis

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia