suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rizki D'Academy kahwin gadis pilihan, Lesti Kejora ucap tahniah kepada bekas kekasih

Lesti doakan yang terbaik untuk Rizki.

PENYANYI popular Indonesia Lesti Kejora mengucapkan tahniah kepada bekas kekasihnya, Rizki Syafaruddin yang selamat mendirikan rumah tangga pada Jumaat.

Menerusi Instagram, bekas peserta program D'Academy ini mendoakan supaya Rizki menjalani alam perkahwinan penuh bahagia bersama isteri Nadya Mustika Rahayu.

"Selamat berbahagia Rizki dan Kak Nadya. Semoga sakinah mawadah warohmah! Amin," tulisnya.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi foto kenangan ketika berada di majlis perkahwinan pasangan tersebut.

Perkongsian Lesti itu menerima lebih 500,000 tanda suka dan ribuan komen dari pengikut.

Lesti dan Rizky sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta ketika mereka menyertai program D'Academy pada tahun 2015.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan berakhir awal tahun ini.

SUMBER:Tribunews

Lesti kejora, rizki

Artikel Lain