suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anang Hermansyah, Ashanty hampir ditipu pasangan suami isteri, kononnya mahu beli rumah bernilai RM10.5 juta

Ashanty berasa curiga dengan pasangan yang ingin membeli rumah mereka.

PENYANYI Anang Hermansyah dan isterinya, Ashanty hampir menjadi mangsa penipuan pasangan suami isteri yang ingin membeli kediaman mewah bernilai RM10.5 juta.

Memetik laporan Liputan6, Ashanty bagaimanapun berasa curiga apabila suami isteri tersebut mahu membeli rumahnya tanpa membuat sebarang tawar-menawar.

Namun, Ashanty menerima banyak mesej yang mengatakan suami isteri tersebut sudah beberapa kali melakukan penipuan.

"Zaman sekarang ini lagi banyak penipuan yang berlaku. Kebetulan saya tengah dalam proses nak jual rumah. Tiba-tiba ada sepasang suami isteri datang mahu membeli rumah saya.

"Tanpa ada proses tawar menawar. Saya pun okay kan sahaja (dalam hati dah rasa macam pelik dan rasa nak percaya atau tidak). Saya hampir terpedaya dan sudah membuat penjanjian notis.



Ashanty berkongsi perkara itu di Instagram.

"Malah, saya sudah dapat cari rumah lain untuk berpindah. Tiba-tiba saya dapat banyak DM yang kongsi link berkaitan dengan mereka malah ada rakan selebriti turut menjadi mangsa penipuan mereka.

"Mangsa mereka bukan hanya orang yang berkemampuan sahaja tapi ada yang keluarga tidak berkemampuan juga terkena tipu," kata Ashanty.

Difahamkan Anang menjual rumahnya lengkap dengan seluruh perabot termasuk kerusi, meja, lampu gantung yang mewah dan piano.

Rumah itu didiami Anang bersama isteri, Ashanty dan empat anak mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Anang Hermansyah, Ashanty,

Artikel Lain