suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kourtney Kardashian antara punca hubungan cinta Scott Disick dan Sofia Richie berakhir

Kourtney dikatakan menjadi salah satu punca Sofia dan Scott berpisah.

HUBUNGAN cinta pasangan model Scott Disick dan Sofia Richie dilaporkan sudah berakhir baru-baru ini selepas tiga tahun bercinta.

Memetik laporan Hollywoodlife, Sofia gagal menyelamatkan hubungan mereka kerana Scott kembali berhadapan dengan masalah kemurungan.

"Scott kembali berdepan dengan masalah kemurungan yang pernah dihadapinya sebelum ini dan Sofia tidak mampu nak bertahan lagi," kata sumber terdekat.

Malah menurut laporan media, salah satu punca perpisahan pasangan itu juga melibatkan bekas kekasih Scott iaitu personaliti terkenal Kourtney Kardashian.

Sebelum ini Scott pernah menjalani rawatan pemulihan untuk masalah kemurungannya selepas kematian ibu bapanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain